Wabak rabies di Sarawak mungkin berasal dari Kalimantan: KKM

BANGI, 24 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan jangkitan virus rabies atau anjing gila di Serian, Sarawak berasal dari Kalimantan, Indonesia.

Menurut hasil ujian yang dijalankan oleh Unit Virologi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan virus di Serian mempunyai persamaan paling tinggi dengan jujukan genom strain virus rabies yang berasal dari Kalimantan dan Sulawesi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Activate Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksana di kawasan terbabit oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

“Aktiviti ini dilaksanakan di 136 penempatan, 9,830 rumah dan 37,285 orang telah ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing.

“Sebanyak 368 kes gigitan haiwan telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Meskipun tiada kes rabies baharu dilaporkan setakat hari ini, namun katanya empat kes direkodkan di mana ke semua mangsa dijangkiti virus itu telah meninggal dunia.

The post Wabak rabies di Sarawak mungkin berasal dari Kalimantan: KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian