Wanita terdesak ubah wajah untuk elak bayar hutang
SHENZEN (China), 5 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Seorang wanita warga China bertindak mengubah penampilannya melalui pembedahan plastik untuk mengelak dari membayar hutang pinjaman peribadi berjumlah AS$3.71 juta, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut laporan, pegawai polis hairan selepas menangkap wanita berusia 59 tahun terbabit, yang cuba melarikan diri ke bandar Shenzen selepas mahkamah mengarahkannya membayar hutang berkenaan.
“Kami sangat terkejut dengan perkara itu. Dia (wanita) itu kelihatan lebih muda seperti 30-an dan berbeza daripada wajah yang diterima,” kata salah seorang anggota polis.
Wanita yang dikenali sebagai Zhu Najuan mengaku menggunakan kad pengenalan orang lain untuk melakukan perjalanan ke Shenzen dengan kereta api.
Dia dilaporkan membiayai kos pembedahan plastiknya dengan menggunakan kad kredit.
Menurut Xinhua, bandar Wuhan telah melaksanakan beberapa tindakan tegas terhadap peminjam dan menahan 186 orang setakat pertengahan tahun ini.- Agensi
The post Wanita terdesak ubah wajah untuk elak bayar hutang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan