Zahid nafi henti beri visa kepada rakyat Korea Utara

PUTRAJAYA, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa laporan mengatakan Malaysia sudah menghentikan pengeluaran visa kepada rakyat Korea Utara adalah tidak benar.

Menafikan dakwaan itu katanya, setakat ini tiada sebarang arahan berhubung perkara itu.

“Berita itu tidak benar dan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian resspon kepada sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, yang melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Terdahulu, pada Mac Zahid ada memaklumkan semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia akan dikenakan visa.

Katanya, keputusan itu diwartakan selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

The post Zahid nafi henti beri visa kepada rakyat Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian