Anjing dari 10 lokasi divaksin hari ini


KUCHING, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Program Pemvaksinan Anjing bagi mengawal penularan wabak rabies diadakan di 10 lokasi di kawasan Bau, Padawan dan Gedong hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata lokasi berkenaan ialah Kampung Gumbang dan Kampung Padang Pan di Bau, Kampung Stubot, Kampung Sidunuk, Kampung Simeru, Kampung Annah Rais, Kampung Sadir, Kampung Semuti dan Kampung Sebuang di Padawan serta TH Plantation di Gedong.

“Setakat ini, sebanyak 24,303 ekor haiwan kesayangan telah divaksin yang terdiri daripada 16,663 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekretariat itu berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) setakat ini, telah mengadakan sebanyak 144 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 28,739 peserta.

“JPVS bersama Majlis Berkuasa Tempatan yang diketuai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak akan meneruskan aktiviti pengawalan anjing dan kucing terbiar sebagai langkah mengawal penularan wabak itu. Persampelan untuk penyakit berkenaan juga akan dipergiatkan untuk mengesan tahap penyebarannya,” katanya.

Sementara itu, sekretariat itu berkata sebanyak 41 kes gigitan baharu dilaporkan pada hari ini di bahagian Serian, Sri Aman, Kuching dan Samarahan.

“Di bahagian Serian sebanyak 13 kes gigitan dilaporkan, empat kes di bahagian Sri Aman, bahagian Kuching (22 kes) dan bahagian Samarahan dua kes. Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April hingga hari ini berjumlah 1,383 kes,” kata sekretariat itu. – Bernama

The post Anjing dari 10 lokasi divaksin hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian