Lelaki gila seks mengaku doktor, tipu tiga wanita mengandung

KUALA TERENGGANU, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Seorang lelaki ‘gila seks’ telah menggunakan gelaran ‘doktor’ untuk meminta tiga wanita mengandung di Besut melakukan perbuatan lucah melalui panggilan telefon dipercayai untuk kepuasan nafsunya, bulan lalu.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, ketiga-tiga mangsa tidak menyedari ditipu kerana maklumat diberikan lelaki itu mengenai mangsa adalah betul.

Beliau berkata, lelaki yang menyamar sebagai pakar perubatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) bernama Dr Haji Abu Bakar itu akan menghubungi mangsa dan memperdaya mereka mengikut arahannya.

“Antara arahan lucah doktor palsu tersebut adalah meminta mangsa mengurut payudara dan memegang tempat sulit sambil mengeluarkan bunyi dengan alasan sebagai usaha mengubati sakit yang dihidapi mangsa.

“Lelaki ini disangka melakukan pemeriksaan yang betul kerana dia telah menyamar sebagai pakar dari Hospital Besut menghubungi sebuah klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Besut meminta maklumat 12 ibu mengandung anak sulung kononnya untuk dibuat kajian.

“Jururawat bertugas telah memberikan butiran lengkap  12 ibu sebagaimana diminta tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau, jururawat terbabit berasa curiga lalu menghubungi Hospital Besut bertanyakan mengenai pakar berkenaan namun dimaklumkan tiada pegawai perubatan bernama Dr Haji Abu Bakar di sana.

Berikutan kejadian itu, JKNT mengeluarkan satu pekeliling larangan pemberian sebarang maklumat mengenai pesakit melalui panggilan telefon kepada semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

“Saya juga minta mana-mana pesakit yang pernah mendapat panggilan seumpama ini agar tampil membuat pengesahan dengan kita dan laporan polis,” katanya.

The post Lelaki gila seks mengaku doktor, tipu tiga wanita mengandung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian