50 penduduk jatuh dalam laut ketika program Tautan Kembali UMNO

SEMPORNA, 23 Safar 1439H, Ahad – Lima puluh penduduk penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menghadiri program Tautan Kembali selepas kawasan tempat mereka berdiri di perkarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung Bangau-Bangau di sini, petang semalam.

Wartawan Bernama menyaksikan sebahagian kecil penduduk kampung jatuh ke laut selepas sebahagian kawasan tempat berlangsungnya program Tautan Kembali itu roboh tiba-tiba, sehingga mengejutkan orang ramai yang hadir, termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban yang ketika itu sedang berucap.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, seorang wanita cedera di kepala, dan mangsa lain termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta ibu mengandung yang turut terjatuh, terselamat.

Sebelum kejadian itu, lebih 1,000 penduduk Kampung Bangau-Bangau yang menghadiri majlis tersebut sedang mendengar ucapan Ramlee mengenai UMNO.

Susulan kejadian itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan antara RM20,000 dan RM30,000 untuk membaiki kawasan perkarangan yang roboh tersebut dalam tempoh seminggu.

“Kami tidak menjangkakan begitu ramai penduduk yang hadir pada program petang ini dan sehingga berlaku kemalangan ini.

“Syukur tidak ada yang melibatkan kemalangan jiwa, saya juga terkejut dengan insiden yang berlaku ini,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita selepas menyempurnakan program itu.

The post 50 penduduk jatuh dalam laut ketika program Tautan Kembali UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian