Alasan ‘polisi antarabangsa’ pihak hotel tipikal, primitif

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 23 Safar 1439H, Ahad – Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan larangan pemakaian tudung oleh pihak hotel dengan alasan ia polisi antarabangsa adalah sangat tipikal dan ‘primitif’.

Larangan atau polisi itu, tegasnya, tidak mempunyai hujah yang kukuh untuk diaplikasikan.

Ia juga dilihat tidak memberi sebarang implikasi negatif kepada sektor tersebut.

Beliau berkata, pihak berkenaan sewajarnya tidak menjadikannya sebagai kongkongan dalam realiti kepelbagaian agama, budaya, adat dan bangsa di dunia.

Katanya, para pengendali hotel Malaysia sepatutnya memikirkan jalan keluar yang sederhana bagi menunjukkan hak mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan tidak mempunyai batasan.

“Kita boleh menjadi contoh dan perintis terhadap perkara ini, sekali gus memberi penghormatan terhadap banyak pihak.

“Terutama kepada kaum wanita dan umat Islam yang kini merupakan penghuni teramai atas muka bumi.

“Biarpun dinafikan ianya bukan diskriminasi dan Islamofobia, tetapi itulah hakikat sikap dunia berkepentingan hari ini yang tidak boleh diselindungkan.

“Maka kita bergerak atas kefahaman dan sensitiviti kita sendiri dengan memberikan hak kepada kalangan yang sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Ustaz Hishamuddin menggesa pihak kerajaan terutama kementerian dan jabatan berkaitan melakukan sesuatu untuk melakukan pembaharuan pelaksanaannya di negara ini.

“Seterusnya merungkai isu ini ke peringkat antarabangsa sebagai satu perjuangan terhadap hak asasi beragama dan kepada kaum wanita,” tegasnya.

The post Alasan ‘polisi antarabangsa’ pihak hotel tipikal, primitif appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian