Amaran hujan lebat berterusan di utara

BANGI, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di dua negeri di utara tanah air.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di Perlis dan beberapa daerah di Kedah.

Di Kedah, lapan daerah dijangka terjejas dengan amaran cuaca buruk itu membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Bermula hari ini, hujan lebat berterusan melanda negeri Pantai Timur dan Johor Timur dijangka sehingga Ahad (26 November).

The post Amaran hujan lebat berterusan di utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian