Amaran hujan lebat di utara sehingga tengah malam

BANGI, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan Kedah dan Perlis.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga tengah malam ini.

Keadaan itu dijangka melanda beberapa daerah di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang.

Menerusi kenyataan terkini yang dikeluarkan tengah hari tadi, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak.

Cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim serta Batang Padang.

The post Amaran hujan lebat di utara sehingga tengah malam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian