Amaran ribut petir di enam negeri sehingga malam ini

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda enam negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Menurut jabatan itu, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka menjejaskan banyak kawasan di Sabah membabitkan bahagian Pedalaman (daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan.

Ia turut melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau, Kota Belud dan Tuaran), serta di Sandakan iaitu Beluran dan Tongod.

Sementara di Sarawak, keadaan cuaca buruk itu turut melanda beberapa kawasan bahagian Limbang, Bintulu, Mukah, Sibu (Selangau dan Sibu), Sarikei (Pakan, Sarikei), Betong, Samarahan, Serian dan Kuching.

Tidak terkecuali Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Semenanjung, hujan lebat turut melibatkan bahagian utara tanah air iaitu di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama).

The post Amaran ribut petir di enam negeri sehingga malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian