Angka kematian serangan ketika solat Jumaat di masjid cecah 235 jemaah

KAHERAH, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Angka kematian serangan puak bersenjata ke atas sebuah masjid ketika umat Islam sedang solat Jumaat di Semenanjung Sinai, semalam, mencecah 235 orang, manakala 109 lagi cedera.

Dalam pada Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi berjanji akan bertindak balas dengan kekerasan, jet pejuang Mesir menyasarkan kenderaan penyerang ketika mereka melarikan diri dan membunuh sekurang-kurangnya 15 lelaki bersenjata yang disyaki melakukan serangan itu.

Jumlah kematian yang paling dahsyat serangan pengganas ke atas sebuah masjid, dalam sejarah Mesir moden itu berlaku ketika ratusan umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di masjid Al-Rawdah di perkampungan Bir Al-Abed, kira-kira 40 kilometer dari bandar Al-Arish di Semenanjung Sinai.

Militan meletupkan bom dan melepaskan tembakan senjata api ke arah jemaah, sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Agensi berita Reuters melaporkan penduduk kawasan yang diserang itu adalah penyokong kerajaan.

Ahli Parlimen Al-Arish, Hussam Al-Rifai berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah daripada suku puak Sawarka dan penyerang bertindak membalas dendam kerana suku itu menyokong kerajaan.

Mei lalu, suku Sawarka mengeluarkan kenyataan turut menyertai suku Al-Tarabin menentang Daesh di Semenanjung Sinai.

Kenyataan itu menyebut bahawa Sawarka percaya kumpulan militan di Sinai ada kaitan dengan Daesh di rantau Teluk

Kawasan Bir Al-Abed telah menyaksikan banyak serangan pengganas sejak beberapa bulan lalu, termasuk serangan ke atas konvoi keselamatan yang menyebabkan 10 anggota pasukan Mesir terbunuh.

Dalam kejadian itu, pengebom berani mati memandu kereta dan menyasarkan konvoi pasukan keselamatan Mesir, diikuti serangan bertalu-talu daripada kumpulan pengganas yang turut menggunakan bom tangan, sambil menunggang motosikal dan menaiki kenderaan pacuan empat roda. – Agensi

The post Angka kematian serangan ketika solat Jumaat di masjid cecah 235 jemaah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian