Cadangan turun kadar hartanah warga asing merugikan rakyat tempatan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kerajaan negeri Johor sepatutnya menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda, dan bukan sebaliknya mengemukakan cadangan mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah RM1 juta yang ditetapkan terhadap warga asing.

Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyifatkan cadangan berkenaan sebagai tindakan merugikan termasuk memberi persaingan kepada rakyat tempatan membeli hartanah di negeri itu.

Ketua Biro Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, langkah itu juga dilihat akan mengambil hak rakyat tempatan untuk membeli hartanah dengan harga berpatutan.

“Jika kita mengambil contoh pembeli dari Singapura, harga RM1 juta adalah bersamaan dengan $300k sing dollar (SD).

“Jadi had harga tak sepatutnya menjadi isu kurangnya pembeli warga asing malah sepatutnya kadar minimum tersebut patut dinaikkan lagi. Tindakan ini seolah-olah menjual negara kepada orang asing,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, cadangan kerajaan negeri tidak memberi penyelesaian malah memburukkan lagi keadaan rakyat, khususnya golongan muda hari ini yang dibelenggu dengan isu rumah mampu lihat bukan mampu milik.

Jelas beliau, tindakan kerajaan negeri memberikan peluang luas pemilikan tanah dalam negara kepada warga asing disifatkan berbahaya terhadap kebolehupayaan rakyat tempatan untuk bersaing bagi memiliki hartanah.

“Sepatutnya kerjaan negeri memperbanyakkan rumah mampu milik dan kurangkan spekulasi yang tak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat.

“Satu persoalan yang berlegar, adakah berlaku kepincangan dalam menilai keperluan untuk pembinaan perumahan atau adakah pembinaan hartanah ini mensasarkan warga asing atas dasar mengaut keuntungan harga rumah yang boleh dijual berlipat kali ganda berbanding dengan jualan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan kerajaan negeri mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah RM1 juta yang ditetapkan terhadap warga asing kepada harga yang sesuai mengikut keluasan hartanah.

Cadangan berkenaan susulan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengesahkan wujud ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran pasaran hartanah negara susulan harga rumah lebih tinggi berbanding kemampuan isi rumah Malaysia.

Sebelum ini, kerjaaan negeri mengumumkan kenaikan kadar bagi pemilikan hartanah warga asing pada harga minimum RM1 juta daripada RM500,000 berkuatkuasa 1 Mei 2014 sebagai usaha mengawal kenaikan harga hartanah di negeri ini.

Sehubungan itu, Pemuda Isma menyeru pihak kerajaan untuk membuka mata berhubung untung rugi pemilikan anak bangsa ke atas tanah air mereka sendiri.

“Kemajuan dan kehebatan ekonomi bukanlah semata-mata diukur dengan nilai wang ringgit dan struktur-struktur fizikal tetapi pemilikan tanah dan pengupayaan anak bangsa dalam membangunkan tanah air mereka,” katanya.

The post Cadangan turun kadar hartanah warga asing merugikan rakyat tempatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian