Dua aktivis PPIM didakwa khianat, ceroboh stor kereta

KAJANG, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat — Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh sebuah stor kereta, Julai lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan beberapa dokumen berkaitan kes itu masih belum lengkap dan memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Pada 24 Oktober lepas, Muhamad Yusof yang lebih dikenali sebagai Yusof Azmi, 27, dan Ali yang dikenali sebagai Abang Ali, 50, mengaku tidak bersalah dengan niat bersama telah bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, yang mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan bersama.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, di sini pada 3.30 petang, 10 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka turut mengaku tidak bersalah dengan niat bersama telah bersubahat melakukan kesalahan pencerobohan jenayah antara 3.30 petang dan 7.30 malam, di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun serupa, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. –  Bernama

The post Dua aktivis PPIM didakwa khianat, ceroboh stor kereta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian