Empat lelaki samun barang kemas RM1.2 juta

SHAH ALAM, 29 Safar 1439H, Sabtu – Empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1.2 juta dalam kejadian di sebuah kedai emas di Plaza Alam Sentral di sini, malam ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor ACP R. Supramaniam berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, tiga daripada empat suspek menyerbu ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di luar dengan motosikal.

“Siasatan mendapati seorang daripada penjenayah melepaskan satu das tembakan ke arah siling premis sebelum memecahkan cermin tempat menyimpan barang kemas menggunakan tukul besi,” kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, suspek hanya mengambil masa tujuh minit untuk melarikan tujuh dulang barang kemas terbabit.

Katanya ketika kejadian terdapat empat pekerja di premis tersebut namun kesemua mereka tidak dicederakan.

Supramaniam berkata, semua suspek melarikan diri menggunakan tiga motosikal yang diletakkan berhampiran pintu masuk pusat beli-belah itu.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup kedai itu bagi mengenal pasti suspek. – Bernama

The post Empat lelaki samun barang kemas RM1.2 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian