Harga runcit minyak petrol, diesel naik lagi

inyak

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api diumumkan naik lagi bermula tengah malam ini, lima minggu berturut-turut sejak pertengahan bulan Oktober lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 mengalami kenaikan sebanyak 7 sen (RM2.38 seliter) berbanding RM2.31 seliter minggu lepas.

Sementara bagi produk RON97 akan dijual RM2.66 seliter, naik 6 sen, sama seperti minggu lalu.

Manakala, diesel harga diesel juga naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 22 November depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga runcit minyak petrol, diesel naik lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian