Henti pakai produk kecantikan jenama tiruan

KOTA BHARU, 28 Safar 1439H, Jumaat – Orang ramai digesa untuk menghentikan penggunaan produk kecantikan jenama terkenal tiruan, kata Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM).

Penasihat Undang-Undang LPKPM, Nik Saiful Adli Burhan yang bimbang dengan penggunaan produk sedemikian berkata, antara kesan buruk penggunaan produk tiruan murah ialah mengakibatkan penggunanya diserang penyakit Dermatitis iaitu radang pada kulit seperti kulit muka terbakar dan kemerahan akibat keracunan daripada bahan kosmetik terlarang.

Malah, selain kosmetik muka, produk tiruan itu juga membabitkan produk makanan kesihatan yang bukan saja menyebabkan masalah luaran tetapi dibimbangi memberi risiko penyakit dalaman seperti kegagalan buah pinggang.

“Daripada mahu jadi cantik, produk ini menjadi racun kepada pengguna tanpa sedar dan untuk produk tiruan kita tidak tahu bahan kimia apa yang digunakan menyebabkan penyakit yang menyerang, sukar dipulihkan,” katanya yang dipetik daripada BH Online.

Beliau berkata, LPKPM menerima hampir 400 aduan berhubung kesan penggunaan produk tiruan pelbagai jenama.

Katanya, produk tiruan itu menggunakan jenama produk kosmetik terkenal di pasaran, namun dijual pada harga yang terlampau murah.

“Bayangkan jika jenama produk terkenal itu dijual pada harga RM100 di pasaran, produk tiruan atas talian ini dijual kurang RM50.

“Sangat tidak logik, namun pengguna wanita ini tetap mahu menggunakan produk tiruan kononnya kerana ada ‘jenama’ terkenal sehingga menyebabkan keracunan pada kulit muka mereka.

“Kebanyakan produk ini didapati di negara seperti Thailand, Hong Kong, China dan Korea, yang mudah dibeli secara talian,” katanya.

Justeru, Nik Saiful menggesa kerajaan membuat kawal selia kemasukan ubat-ubatan dan produk luar negara, yang mempunyai kandungan racun yang tinggi,” katanya.

The post Henti pakai produk kecantikan jenama tiruan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian