Ibu Bapa Harus Menangis Jika Anak Gagal Solat

KOTA SAMARAHAN, 25 November 2017 – Kelab NAZIM ISMA Samarahan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Ulum, Taman Desa Ilmu dengan jayanya telah menganjurkan Program Membina Generasi Al-Fateh untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Program kali ini memfokuskan kepada rukun Islam yang kedua iaitu solat lima waktu. Seramai 87 orang peserta telah memeriahkan program.

“Bangunan akan runtuh jika tiada tiang, begitulah juga sebagai seorang muslim, iman akan runtuh jika tidak menunaikan solat”, ujar Ustazah Nuraini binti Mohamad Salleh, pengisi slot Smart Solat.

“Ibu bapa harus menangis jika gagal mendidik anak untuk solat, bukan menangis jika anak gagal peperiksaan sahaja. Kerana solat adalah kunci kesolehan seorang anak.” Ujar salah seorang bapa yang sangat teruja dengan program yang dianjurkan oleh NAZIM ISMA ini.

Turut diterangkan dalam slot tersebut adalah berkaitan rukun islam, cara-cara berwudhuk, tata tertib solat dan rukun solat serta kesalahan yang lazim dilakukan ketika solat.

“Alhamdulillah program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada ibu bapa dan anak-anak. Objektif program kali ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang solat khususnya. Semoga program ini dapat menjadi rangsangan kepada mereka untuk mempraktikkan solat dalam kehidupan seharian” ujar Cik Nur Haffizah binti Azhar, pengarah Program Membina Generasi Al-Fateh.

Program ini dipenuhi dengan aktiviti yang dapat menambahkan kefahaman anak-anak tentang solat secara amnya. Antara slot-slot yang menarik sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah Kembara Solat (explorace), Huffaz Cilik (hafazan surah), Kisah Inspirasi mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh dan Adikku Kreatif.

Turut hadir pada program ini ialah Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di-Pertua Isma Samarahan dan Puan Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim, pengerusi Kelab NAZIM ISMA Samarahan. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Ismail.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian