Iksim buat laporan polis terhadap Prof Shad Saleem, dua akhbar

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) membuat laporan polis terhadap dua akhbar berbahasa Inggeris dan Cina, serta seorang pakar undang-undang sebuah universiti tempatan.

Aduan berkenaan dibuat terhadap akhbar The Star dan Sin Chew Daily, serta pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Profesor Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Ketiga-tiga pihak didakwa menulis serta menyiarkan artikel fitnah yang disifatkan bertujuan mencetus kebencian rakyat Malaysia terhadap Iksim, pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Iksim, Prof Datuk Mahamad Naser Disa berkata, pihaknya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama artikel itu disiarkan.

“Artikel bertajuk ‘Religious radicalism on the rise’ itu mengatakan bahawa Iksim anti kepada kepelbagaian budaya. Sedangkan apa yang kita keluarkan dalam risalah kita iaitu DIAN, ia menyebut berkenaan liberalisme, sekularisme dan pluralisme.

“Ketiga-tiga perkara itu menghakis akidah Islam, kerana pluralisme sifatnya mengiktiraf kesamarataan semua agama. Ianya bercanggah dengan dengan akidah Islam, maka ia tidak boleh diterjemah sebagai kepelbagaian budaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Naser, tajuk yang disiar The Star adalah terlalu keras, bahkan menggambarkan seolah-olah Iksim sebagai organisasi radikal.

“Ia seolah-olah kita mempromosikan radikalisme, sedangkan kita bersama-sama E8 Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita berkempen anti kepada ekstremisme, keganasan dan radikal.

“Jadi kita menuntut permohonan maaf daripada Prof Shad Saleem, The Star dan Sin Chew Daily yang menterjemah secara fitnah kepada Iksim sebagai institusi kedaulatan Islam yang berteraskan Perlembagaan, bukan menindas,” katanya.

Ditanya sama ada Iksim telah menuntut permohonan maaf lebih awal sebelum membuat laporan polis, Naser berkata, pihaknya tidak berfikir cara itu berkesan.

“Jika kita menghubungi mereka dan minta mereka memohon maaf begitu sahaja, saya rasa mereka tidak akan layan.

“Jadi, kita guna cara ini supaya melihatkan kita benar-benar serius dan memahamkan mereka ianya serius, kerana sengaja memberi ruang agama lain membenci Iksim,” katanya.

The post Iksim buat laporan polis terhadap Prof Shad Saleem, dua akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian