ISMA Kuala Terengganu hantar pasukan bantuan banjir ke Pulau Pinang
Seberang Perai Utara, 10 Nov 17 – Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kuala Terengganu (ISMA KT) dengan kerja sama I-Medik Terengganu dan Yayasan Ikhlas Terengganu telah menghantar satu pasukan ke Pulau Pinang untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Seramai 14 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai misi bantuan banjir ini. Pasukan ini telah bertolak ke Pulau Pinang pada petang 9 November 2017 dan pulang pada petang 10 November 2017.
Beberapa buah rumah di sekitar kawasan mukim Sungai Dua telah dilawati dan dibersihkan oleh pasukan misi bantuan banjir ini. Rata-rata penduduk disekitar itu amat menghargai bantuan yang diterima daripada mereka. Selain daripada membantu membersihkan rumah, bantuan berbentuk kewangan juga diberikan. Ziarah pasukan misi banjir ini ke rumah penduduk sekitar itu juga serba sedikit dapat memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
“Saya selalu mencari peluang yang ada untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan seperti ini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus saling bantu membantu apabila ditimpa musibah” berkata Mark Anak Tapih, salah seorang perserta bukan Islam yang menyertai misi ini.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan