Jamil Khir sedia disaman Siti Kasim hina Islam

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia dengan tindakan saman yang akan dikemukakan aktivis liberal, Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim.

Katanya, beliau bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

“Tidak mengapa. Kalau Siti Kassim hendak saman, saya terima,” katanya seperti dilapor berita online.

Jamil dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, beberapa individu yang menghina Islam termasuk Siti Kassim sudah disoal siasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya.

Bagaimanapun Siti Kassim yang lantang mengkritik Islam itu membalas respon akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamil Khir apabila mengaitkan dirinya dengan individu menghina Islam.

“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” katanya.

The post Jamil Khir sedia disaman Siti Kasim hina Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian