Kedah cuti esok jika pertahan Piala Malaysia
BANGI, 15 Safar 1439H, Sabtu – Kerajaan Kedah mengumumkan cuti peristiwa esok (Ahad) sekiranya pasukan bola sepak negeri itu bergelar juara Piala Malaysia 2017, yang bakal berlangsung malam ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengumumkan imbuhan bonus kepada pemain pasukan itu sekiranya terus mempertahankan kedudukan seperti tahun lepas.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, kerajaan juga bersetuju menambah sekali ganda bonus kepada RM50,000 berbanding RM25,000 tahun lalu.
“Saya juga ingin mengumumkan bonus RM50,000 kepada pemain yang mana tahun lalu kita hanya beri RM25,000 kepada mereka. Jadi, tahun ini ada tambahan sekali ganda.
“Diharap pengumuman imbuhan ini dapat memberi semangat kepada pemain selepas dipalit dengan gangguan daripada pelbagai bentuk untuk mengganggu pemain kita,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 akan menyaksikan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam ini.
The post Kedah cuti esok jika pertahan Piala Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan