Kekasih campak bayi baru lahir ke dalam sungai

SEGAMAT, 30 Safar 1439H, Ahad – Polis menahan sepasang kekasih muda bagi membantu siasatan berhubung tindakan tidak berperikemanusian membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam sungai di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Raub Selamat berkata, pasangan kekasih berusia 19 dan 21 tahun itu dipercayai membuang bayi lelaki tersebut di Sungai Kenawar, di sini.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan ketika remaja perempuan berkenaan berada di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS) pada jam 4 pagi tadi ketika hendak mendapatkan rawatan.

“Kami menerima laporan daripada petugas HDS yang curiga apabila mendapati remaja perempuan berusia 19 tahun itu mengalami pendarahan teruk seperti baru bersalin,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi

Beliau berkata, hasil soal siasat, suspek lelaki yang bekerja di kedai alat ganti kenderaan itu mengaku memasukkan bayi lelaki yang dilahirkan tidak cukup bulan itu ke dalam plastik sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Raub berkata, bayi malang tersebut yang dianggarkan berusia enam bulan itu dipercayai dilahirkan di rumah keluarga remaja perempuan berkenaan di Paya Pulai, di sini sebelum teman lelakinya membuang bayi tersebut ke dalam sungai kira-kira jam 11.15 malam semalam.

“Kita telah membawa suspek lelaki ke tempat kejadian bagi mengesan mayat bayi itu pada jam 10 pagi tadi dan berjaya menemui bungkusan plastik yang terapung kira-kira jam 4 petang berhampiran tebing sungai,” katanya.

Beliau berkata, suspek lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, manakala suspek perempuan itu masih menerima rawatan di HDS dan siasatan lanjut akan dilakukan apabila suspek disahkan sihat oleh pihak hospital. – Bernama

The post Kekasih campak bayi baru lahir ke dalam sungai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian