KRIM Kuantan rangkul empat Anugerah Gemilang Remaja ARK (GEMA) 2017 di ‘Finale’ zon pantai timur

Oleh Norfadilah Hilmi

KUANTAN, 28 November – Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan kuantan berjaya membawa pulang empat anugerah, iaitu Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Kepimpinanan, Anugerah Emas dan Anugerah Tokoh Wartawan Ummah di program ‘Finale’ zon pantai timur yang diadakan di Peladang Setiu, Agro Resort, Terengganu, baru-baru ini.

‘Finale’ merupakan acara kemuncak dari modul Akademi Remaja KRIM (ARK) yang dilaksanakan setiap tahun, mengumpulkan semua para remaja tingkatan 4 di seluruh Malaysia mengikut zon maing-masing.

Menurut Saudari Nadhrah Annuar, ketua kontinjen Finale KRIM cawangan Kuantan, pihaknya bersyukur kerana berjaya menggilap dan mencungkil bakat ahli KRIM sepanjang keterlibatan para peserta menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Krim di peringkat cawangan, seterusnya melayakkan ahli Krim menyertai acara kemuncak ke peringkat Nasional.

“Kebanyakan peserta yang mewakili negeri Pahang untuk ke ‘Finale’ merupakan ahli KRIM Kuantan yang komited dan aktif menyertai setiap program yang dianjurkan oleh KRIM Kuantan sepanjang tahun ini.

“Kejayaan dan pencapaian ahli KRIM Kuantan sehingga kini juga merupakan hasil titik peluh semua ahli jawatankuasa KRIM kuantan dalam memastikan kelancaran program-program sepanjang tahun dari seluruh aspek termasuklah tenaga, idea, wang ringgit dan masa,” katanya.

Demikian menurut beliau ketika ditemui baru-baru ini.

“Selain itu, bagi memastikan kejayaan terus dicapai bagi tahun-tahun yang berikutnya, kita semua ahli jawatankasa KRIM Kuantan perlulah merangka strategi dengan lebih teliti dan sistematik untuk setiap program akan datang,” jelasnya.

Pihak KRIM Kuantan turut menyeru kepada guru-guru dan ibubapa agar turut sama menyokong dan menggalakkan anak-anak menyertai program-program yang dianjurkan oleh KRIM. Ini kerana, modul dan aktiviti yang sediakan bukan sahaja memupuk semangat jati diri remaja muslim malah meningkat motivasi diri individu remaja untuk terus menjadi remaja muslim berjaya.

Di samping itu, wakil Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) cawangan Kuantan juga turut sama terlibat dalam mempromosikan program KRIM kepada pelajar-pelajar sekolah masing-masing.

Antara lima buah sekolah di sekitar Kuantan yang mewakili KRIM Pahang ke ‘Finale’ iaitu SMK Sungai Isap Murni, SMK Pelabuhan, SM Agama Al-Ihsan, SMK Gudang Rasau dan SM Agama Al-Irsyad

Manakala, Saudara Affi Ali, Pengarah KRIM Kuantan berharap, katanya; “Semoga KRIM  terus mengorak langkah kehadapan untuk menjadi peneraju wadah membangunkan potensi remaja yang bermotivasi, iltizam dan mempunyai jatidiri.”

Anugerah dirangkul peserta Finale Krim Kuantan

1. Ammar Badrulhisham – Tokoh Akademik ( Sma Maarif)
2. Amirul Mustaqim – Tokoh Kepimpinan ( Smk Pelabuhan)
3. Muqshin Zulkaply – Anugerah Emas ( Semsim)
4. Amir Farhan – Tokoh Wartawan Ummah ( Sma Ihsan)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian