Mangsa banjir di Changlun, Kedah meningkat 219 orang

ALOR SETAR, 26 Safar 1439H, Rabu – Jumlah mangsa banjir di Changlun yang ditempatkan di pusat pemindahan setakat 4 petang ini meningkat kepada 219 orang daripada 56 keluarga berbanding 157 orang daripada 49 keluarga tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa dalam kenyataan berkata, mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun.

Katanya, lapan buah kampung terjejas banjir ialah Kampung Belukar, Kampung Nang Mah, Kampung Changkat Setoi, Kampung Baru, Kampung Betong, Kampung Wang Perah, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Kubang Kayu.

Hujan lebat berterusan sejak 7 malam tadi telah menyebabkan kawasan rendah di kampung berkenaan dinaiki air.- Bernama

The post Mangsa banjir di Changlun, Kedah meningkat 219 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian