Mangsa banjir diingat jaga kesihatan

PUTRAJAYA, 17 Safar 1439H, Isnin – Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam keadaan banjir yang melanda tiga negeri di Utara tanah air iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa banjir perlu mengamalkan penjagaan kebersihan semasa dan selepas banjir.

“Yang terutama sekali, mereka perlu membasuh tangan dengan sabun dan air bersih terutamanya ketika penyediaan makanan dan aktiviti pembersihan.

“Pemakaian alat perlindungan diri seperti sarung tangan dan but juga perlu dititikberatkan agar kecederaan dan sentuhan kepada air banjir dapat diminimumkan.

“Orang ramai juga hendaklah peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa seperti mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir untuk mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan, kejutan elektrik, kematian dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama, Noor Hisham turut meminta agar para mangsa banjir turut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di Pusat Pemindahan disamping menjaga kebersihan di situ.

“Selain itu, mangsa banjir perlu mewujudkan hubungan silaturahim yang baik sesama mangsa banjir dengan mengamalkan kesihatan mental yang baik seperti bertegur sapa, mengelakkan ketegangan dan saling membantu di antara satu sama lain.

“KKM ingin menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan dan yang telah pulang ke rumah masingmasing hendaklah terus menjaga kebersihan dan Kesihatan.

“Jika sakit, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran, dinasihatkan supaya memasak air minuman dan makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.

“Perhatian perlu diberikan untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa membuat kerja-kerja pembersihan selepas banjir,” katanya.

The post Mangsa banjir diingat jaga kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian