Menilai Pandangan Safe Sex Syed Saddiq dari Neraca Fiqh

1. SAYA setuju dengan idea pendidikan seks. Dalam Islam, pendidikan seks memang diterapkan sejak kecil melalui pengasingan bilik tidur anak lelaki dan anak perempuan, konsep mahram, konsep batal wuduk dan konsep tunduk pandangan.

2. Nama ‘pendidikan seks’ boleh mengundang salah faham. Justeru saya cadang ia ditukar kepada Pendidikan Kejantinaan. Bukankah sex yang dimaksudkan adalah jantina? Rujuklah semula kamus-kamus kita.

2. Saya tak setuju dengan idea Safe Sex Syed Saddiq yang secara halus diselitkan di celah celah perkongsian twitternya berkenaan pendidikan kejantinaan.

4. Syed Saddiq menyeru kepada Safe Sex yang tidak membawa kepada pregnancy, kerana bagi Syed Saddiq, penzinaan anak muda tak dapat lagi dibendung. Seruan ini sudah termasuk dalam konsep ‘menghalalkan apa yang Allah haramkan’.

5. Dalam Islam, konsep ‘menghalal apa yang haram’ memang wujud, tapi justifikasi yang diperlukan amat-amat besar. Inilah kaedah ‘Darurat Membenarkan Perkara Haram’. Persoalan yang timbul, bagaimana Syed Saddiq mencapai konklusi bahawa keadaan sekarang sudah dikira darurat? Apakah Syed Saddiq faham istilah Darurat dari sudut syariah?

6. Darurat bermaksud suatu keadaan yang membawa kecelakaan, kemusnahan dan kehancuran kepada agama, atau nyawa, atau harta, atau akal atau nasab keturunan (rujuk Maqasid Lima).

7. Kaedah “Darurat menghalal suatu keharaman” hanya boleh diaplikasi apabila kita telah mencuba segala cara halal, segala usaha patuh syariah, tetapi masih gagal menemui jalan keluar kepada kehancuran, kecelakaan dan kemusnahan Maqasid Lima.

8. Maka soalan yang timbul; adakah Tuhan membenarkan kita menghalal zina atas dasar darurat, sedangkan kita mewujudkan persekitaran yang penuh dengan ransangan seks seperti iklan coli dan lingerie, laman-laman lucah, rancangan TV gusti perempuan, acara sukan renang dan gimnastik?

9. Naluri seks itu ibarat harimau yang tidur. Apabila ia dibangunkan, ia akan menerkam sesiapa saja.

Ustaz Bilal Jailani, Ahli Majlis Ulama Isma (Muis)

 

The post Menilai Pandangan Safe Sex Syed Saddiq dari Neraca Fiqh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian