Menteri arah PBT tarik lesen hotel larang pekerja bertudung

IPOH, 26 Safar 1439H, Rabu – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen mana-mana hotel yang melarang wanita Islam memakai tudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan.

Beliau menegaskan, tindakan itu perlu kerana dasar yang digunakan jelas tidak bertanggungjawab.

“Saya minta PBT siasat perkara itu dan jika terbukti benar ia dasar hotel tersebut, tarik balik lesen mereka.

“Tidak sepatutnya mereka (hotel) itu boleh beroperasi di negara kita,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Malah, beliau berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama kepada semua rakyat.

Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan mengenai aduan kakitangan hotel beruhubung diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung.

Laporan itu turut memetik Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee yang mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian dasar antarabangsa.

The post Menteri arah PBT tarik lesen hotel larang pekerja bertudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian