Nama bapa biologi anak tidak sah taraf disaran tambah nama ‘Abdullah’

BANGI, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Bapa biologi disaran mendaftarkan nama tambahan ‘Abdullah’ atau lain-lain nama Allah (Asmaul Husna) pada namanya sendiri kepada anak-anak tidak sah taraf, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu perlu bagi mengurangkan tekanan dan kesan psikologi kepada anak-anak tidak sah taraf ini.

Katanya, menambah nama tersebut membolehkan si anak dianggap berbin atau berbintikan nama bapa kandung.

Ini kerana, ia juga mempunyai persamaan dengan nama Abdullah, apabila anak itu didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai anak tidak sah taraf.

“Inilah sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan oleh si ayah untuk anaknya yang terhasil dari hubungan dengan si ibu sebelum mereka menikah.

“Namun usaha menambahkan nama si bapa ini perlu dilakukan segera terutama sebelum si anak memasuki alam persekolahan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan kes pendaftaran kanak-kanak orang Islam mengikut Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, yang memutuskan mana-mana kanak-kanak yang dikandung ketika luar nikah boleh dibinkan kepada nama lelaki yang mengaku sebagai bapa.

Bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengekalkan peraturan sedia ada berhubung penasaban anak luar nikah atau anak tak sah taraf orang Islam.

Ini bermakna kanak-kanak yang dilahirkan tanpa nikah, akan tetap dibinkan atau dibintikan Abdulah atau lain-lain nama ‘Asma’ al-Husna’ berpangkalkan Abdul.

The post Nama bapa biologi anak tidak sah taraf disaran tambah nama ‘Abdullah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian