Netizen berang minyak naik lagi minggu ini

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Kenaikan harga minyak lima minggu berturut-turut sejak pertengahan Oktober lalu, nyata menjadi khabar tidak baik buat rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Ternyata manfaat dalam Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Oktober lalu, hanya menjadi detik gembira seketika oleh rakyat ekoran pengumuman setiap minggu kenaikan harga minyak negara.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa kesal dengan kerajaan ekoran pengumuman harga baharu minyak hari ini, apabila kesemua produk bahan api berkenaan naik lagi mulai esok.

“Lepas pembentangan Bajet 2018 hari itu, mencanak naik (harga minyak). Tak ada lagi 3 atau 4 sen, tetapi terus 7 sen dua minggu berturut-turut. Belanjawan rakyat katanya,” sindir pemilik akaun Facebook, Sam.

“Ini ke tanda kerajaan prihatin dengan nasih rakyat? Tiap-tiap minggu naik. Bila turun hanya 1 sen, tetapi masa naik melampau-lampau,” tulis Ziela Ericsmilea.

Sementara, pemilik akaun Hilmi Anasat menggesa pihak kerajaan tampil memberi penjelasan kepada rakyat berhubung punca kenaikan minyak berterusan.

Malah, kebanyakan netizen juga menuntut janji pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mahu memperkenalkan formula berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

“Mana dia formula baharu yang menteri sibuk nak laksanakan masa harga (minyak) turun tempoh hari?,” soal Fajar Bin Mohd Mosleh.

“Dengan kenaikan minyak berterusan ini, yang berpendapatan rendah ditampung dengan pemberian BR1M dan lain-lain kemudahan daripada kerajaan. Yang kaya, langsung tak berasa kesan. Tetapi golongan pertengahan ini yang merasa kesengsaraan,” tulis Adiri Toya.

Netizen juga percaya bahawa keadaan kenaikan harga minyak itu sebagai taktik kerajaan berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang dijangka awal tahun depan.

“Percaya saja, menjelang PRU14 nanti pasti harga minya akan turun untuk pancing undi. Maka, janganlah dilupakan kenangan sewaktu ia naik,” tulis Wan Rooney.

“Umum sahaja pilihan raya nanti, minyak turunlah. Lepas itu cakap pada rakyat, kerajaan prihatin,” sindir Ahmad Kamil.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan hari ini sehingga 22 November depan, harga produk petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 7 sen dan 6 sen, manakala diesel naik 4 sen.

The post Netizen berang minyak naik lagi minggu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian