Pakai kostum pengebom bunuh diri: Perunding IT didenda

PETALING JAYA, 28 Safar 1439H, Jumaat – Tindakan seorang perunding teknologi maklumat warga Yaman memakai kostum pengebom bunuh diri ketika menghadiri parti Halloween membawa padah apabila didenda maksimum RM400 atau penjara empat hari jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memakai kostum pengebom bunuh diri di tempat awam di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 7.40 malam, 28 Oktober lepas mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Puan Sri N. Saraswathy Devi memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah direman seminggu dan memohon maaf atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali memohon tertuduh dikenakan hukuman denda yang tinggi sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam kerana sukar untuk sesiapa membezakan antara lakonan dan realiti.

Sebelum ini media melaporkan, penduduk kondominium itu membuat laporan polis selepas melihat seorang lelaki berpakaian seperti pengebom bunuh diri ketika menaiki lif untuk menghadiri parti Halloween, bulan lepas.- Bernama

The post Pakai kostum pengebom bunuh diri: Perunding IT didenda appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian