PAN anggap ateisme boleh disebarkan kerana mereka tidak beragama

BANGI, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Parti serpihan PAS (PAN) berpendapat, golongan ateis boleh bebas menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam kerana fahaman itu tidak ditafsirkan sebagai satu agama menurut undang-undang.

Dalam satu posting di laman rasmi Facebook parti itu, ia berkata, penyebaran agama oleh golongan ateis sepatutnya dibenarkan kerana ateisme tidak tertakluk dengan halangan Perlembagaan yang menghalang penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka kepada orang Islam.

Membidas perkara itu, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, laman rasmi PAN itu kelihatan cuba membela kenyataan Pemimpin Parti PAN, Hanipa Maidin dengan menyebut ia adalah perdebatan soal pentafsiran Perlembagaan Persekutuan sahaja.

“Kata page rasmi PAN ini, Hanipa Maidin cuma mencabar pentafsiran Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan sahaja kerana bagi beliau Perkara 11 tetap memperuntukkan hak terhadap golongan ateis seperti penganut agama lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan, pendirian Hanipa Maidin pelik dan bercanggah dengan pendirian pembela golongan ateis lain yang mempertahankan mereka dengan hujah bahawa, walaupun ateisme bukan agama, ia dilindungi kerana kebebasan untuk beragama meliputi kebebasan untuk tidak beragama.

“Malah, hujah inilah yang digunakan oleh para pemuka Majlis Peguam Malaysia seperti Presidennya, George Varughese, bekas Presidennya, Christopher Leong, dan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusianya, Andrew Khoo, untuk membela golongan ateis ini.

“Sedangkan kenyataan ini bercanggah dengan satu kertas kerja yang diendorse oleh Majlis Peguam Malaysia sendiri yang berbunyi “pandangan bahawa kebebasan untuk beragama meliputi kebebasan untuk tidak beragama telah ditolak oleh mahkamah-mahkamah negara”.

“Kertas kerja ini, bertajuk “Jurisdiction Of State Authorities To Punish Offences Against The Precepts Of Islam: A Constitutional Perspective”, adalah tulisan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan masih terpampang di laman web rasmi Majlis Peguam Malaysia.

“Tidak seperti Hanipa Maidin, mahupun George Varughese, Christopher Leong dan Andrew Khoo, yang sekadar menyuarakan pandangan peribadi, kenyataan Datuk Dr Shad ini jauh lebih berwibawa kerana ia didasarkan kepada keputusan-keputusan hakim di mahkamah.

“Begitu juga dengan kenyataan Datuk Dr Shad di dalam satu lagi kertas kerja beliau bertajuk “The Constitution Of A Muslim Majority State: The Example Of Malaysia” yang mengisytiharkan dengan jelas dan terang bahawa “Tiada Hak Untuk Ateisme” di Malaysia,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Kamarul berkata jelaslah betapa kenyataan Hanipa Maidin bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tetap memperuntukkan hak terhadap golongan ateis seperti penganut agama lain adalah tidak betul, walaupun perkara ini cuba dipertahankan oleh laman sosial rasmi PAN.

The post PAN anggap ateisme boleh disebarkan kerana mereka tidak beragama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian