Pemaju perlu kenal pasti citarasa pelanggan, elak rumah tak terjual

MELAKA, 30 Safar 1439H, Ahad – Pemaju hartanah dan pihak berkaitan perlu mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan supaya sektor itu tidak mengalami kerugian apabila projek pembangunan, terutamanya perumahan gagal​​​​​​ dijual, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, sebagai contoh kerajaan negeri mengambil keputusan menetapkan harga Rumah Mampu​​​​​​ ​Milik (RMM) Melaka perlu tidak melebihi RM180,000 seunit bagi keluasan minimum 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Meskipun ada pemaju yang marah dan memberikan amaran kerana di peringkat awal saya mencadangkan supaya bilangan rumah mewah dikurangkan di Melaka.

“Bagaimanapun saya terus menggalakkan pembinaan RMM yang menunjukkan impak positif, permintaan mengatasi penawaran, ketika hari pelancaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Milenia peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara, Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah rumah tidak terjual dan cadangannya sebagai bekas Pengerusi Syarikat Perumahan​ ​​​​​​Negara Bhd.

​​​​​​​Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Johor akan mengkaji punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada masalah rumah yang tidak terjual di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata masalah pada awalnya mungkin disebabkan dasar kerajaan pusat pada 2015 yang menetapkan hanya rumah berharga RM1 juta dan ke atas boleh dijual kepada warga asing.

Sementara itu, ketika berucap, Idris menegaskan generasi muda berperana penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

“Sehubungan itu, golongan belia yang dikategorikan sebagai generasi milenia ini perlu bersikap proaktif bagi memastikan mereka terlibat sebagai penjana atau penggerak dalam aliran perdana pembangunan negara,” katanya. – Bernama

The post Pemaju perlu kenal pasti citarasa pelanggan, elak rumah tak terjual appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian