Perkhidmatan KTM komuter laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral terjejas

SHAH ALAM, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala hari ini, selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang landasan di antara Stesen Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, awal pagi ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan menerusi facebook berkata, kejadian itu menyebabkan kabel elektrik di laluan Klang-Jalan Kastam terputus dan tren komuter tidak dapat melepasi Stesen Jalan Kastam.

“Insiden ini mengakibatkan landasan bagi operasi perkhidmatan tren komuter terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baikpulih.

“Buat masa ini tiada perkhidmatan tren komuter dari Pelabuhan Klang – Bukit Badak – Pelabuhan Klang,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, tren komuter hanya akan beroperasi dari Padang Jawa-KL Sentral- Padang Jawa sahaja pada kekerapan 30 hingga 45 minit dengan tren pertama bertolak dari Padang Jawa pada pukul 7.15 pagi kata kenyataan tersebut.

KTMB turut memohon maaf atas kesulitan itu dan menasihatkan penumpang supaya mendapatkan pengangkutan alternatif.–    Bernama

The post Perkhidmatan KTM komuter laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian