Pertandingan Bola Sepak Amal ISMA Cardiff Raih Sambutan Meriah Pelajar dan Komuniti Setempat

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

CARDIFF, 26 November 2017 – “Football Charity Game 2017” merupakan satu pertandingan futsal yang julung kalinya diadakan di Powerleague, Cardiff telah dilaksanakan dengan jayanya oleh jawatankuasa Warming The Soul ISMA Cardiff.

Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai sekurang-kurangnya 40 pemain termasuk beberapa peserta yang datang dari Manchester, Sheffield dan Durham.

Saudara Faris Hanafi, pengarah program Warming The Soul ketika ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “pertandingan tersebut bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada warga Cardiff tentang program Warming The Soul yang bakal dijalankan pada minggu hadapan.”

Tambahan beliau lagi, “aktiviti sebegini diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan antara satu sama lain di samping menyumbang dana bagi menjayakan “Feeding The Homeless”

Lebih meriah lagi apabila Pengerusi ISMA UK-Eire, Dr. Azizi Rosli turut hadir menyertai pertandingan bola sepak dan merasmikan rangkaian program Warming The Soul seluruh UK dan Ireland bagi tahun 2017 dan 2018.

Dr. Azizi yang ditemui berkata, “Warming The Soul” merupakan rangkaian program amal yang bermula dengan proses pengumpulan dana kemudian disusuli dengan program pemberian makanan kepada gelandangan di seluruh bandar Cardiff serta lawatan ke hospital kanak-kanak.”

Dengan berpegang kepada hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari: “Nabi S.A.W bersabda; Manusia yang baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”.

Rentetan itu, program sebegini merupakan satu platform bagi mahasiswa Malaysia di United Kingdom untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan masyarakat setempat.

Pihak ISMA UK-Eire amat bersyukur kerana pertandingan ini berjalan dengan lancar dan merancang untuk dijadikan aktiviti tahunan pada masa hadapan.

Akhir kata,

 

“MAJULAH SUKAN UNTUK UMMAH”

 

Biro Penerangan ISMA Eropah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian