Petani, juruteknik kilang didakwa cuba ke Syria lakukan perbuatan pengganas

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1439H, Isnin – Seorang petani warganegara Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan cuba ke Syria untuk melakukan perbuatan pengganas dan memiliki gambar serta video berkaitan pengganas, Februari lepas.

Anwar, 28, yang berasal dari Jawa Barat, didakwa cuba pergi ke Syria melalui Tehran, Iran, dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas di Syria mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Crystal Crown Hotel, di Jalan Jambu Mawar, Jalan Kepong Utama, di sini pada 12 tengah hari, 21 Februari lepas.

Lelaki itu turut didakwa memiliki 17 keping gambar dan empat buah video yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di dalam sebuah telefon bimbit di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut subseksyen 130JB(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang juruteknik kilang, Mohamad Awang, 41, yang berasal dari Johor juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iatu cuba pergi ke Syria melalui Tehran, Iran, dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut seksyen serupa.

Hakim, Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor. – Bernama

The post Petani, juruteknik kilang didakwa cuba ke Syria lakukan perbuatan pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian