Sudut Pandang bincang isu larangan bertudung esok

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Forum Sudut Pandang Siri Ke-15 akan dianjurkan pada malam esok dengan kupasan tajuk perbincangan Larangan Bertudung: Antara Hak Asasi dan Diskriminasi.

Forum kali ini akan menampilkan dua panelis iaitu Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar serta Biro Kajian dan Informasi Strategik Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Amalina Annuar.

Forum itu akan dipengerusikan oleh Jawatankuasa PEACA, Dr Nur Hazlin Hazrin Chong.

Forum anjuran Portal Islam dan Melayu, www.ismaweb.net dan Arus Baru ini akan diadakan di Dewan Utama, Ibu Pejabat Isma di Bandar Baru Bangi, bermula jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut di http://bit.ly/regviewpoints.

The post Sudut Pandang bincang isu larangan bertudung esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian