Sultan Selangor rasmi Jambatan Raja Muda Nala

Gambar: Bernama

BANGI, 30 Safar 1439H, Ahad – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Jambatan Ketiga Klang, yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala.

Nama jambatan itu diambil sempena nama Raja Muda Selangor pertama, yang juga anak kepada Sultan Selangor pertama, Almarhum Sultan Sallehuddin Shah.

Jambatan Ketiga Klang yang merentasi Sungai Klang sejauh 2.5 kilometer itu menghubungkan antara Teluk Pulai dan Sungai Bertik di sebelah selatan dengan Tanjung Syawal di sebelah utara dalam Parlimen Kapar.

Jambatan berkenaan mula dibina pada Julai 2014 dan siap sepenuhnya pada Jun 2017 dengan kos pembinaan sebanyak RM199 juta.

Pembinaan Jambatan Raja Muda Nala dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan dan kadar trafik pada waktu puncak di Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.

The post Sultan Selangor rasmi Jambatan Raja Muda Nala appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian