Wanita ISMA Ajak Masyarakat Kenali Penyakit Puan

 

KOTA SAMARAHAN, 22 November 2017 – Wanita ISMA dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Ulum, Taman Desa Ilmu telah berjaya menganjurkan usrah umum untuk wanita yang mana kali ini mengetengahkan kupasan ilmu yang sedikit berbeza iaitu penyakit puan.

Kupasan usrah disampaikan oleh Ketua Wanita ISMA Samarahan sendiri iaitu Dr Asmah Esa yang juga merupakan pegawai perubatan yang bertugas di salah sebuah klinik kerajaan.

“Sangat penting bagi seorang wanita mengetahui gejala-gejala awal penyakit puan dengan melakukan pemeriksaan berkala di klinik-klinik berhampiran. Saringan awal ini sangat penting sebelum penyakit puan ini merebak dengan lebih teruk.” Katanya.

Antara penyakit puan yang dikupas dalam usrah umum kali ini termasuklah kencing kotor, jangkitan kulat, kanser organ peranakan, sukar hamil dan ketumbuhan. Setiap jenis penyakit diterangkan secara mudah berkaitan dengan gejala-gejala, punca, faktor risiko dan kaedah rawatan.

“Kebanyakan penyakit puan yang datang kepada kita adalah disebabkan oleh sikap tidak menjaga kebersihan, kerana itulah sangat penting bagi kita seorang wanita untuk menjaga kebersihan diri, lebih-lebih lagi di bahagian sulit.” Tegas Dr Asmah lagi.

Usrah umum wanita adalah program bulanan yang dianjurkan oleh Wanita ISMA Samarahan dalam usaha untuk mendidik masyarakat terutama sekali golongan wanita termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian