13,736 mangsa banjir Kelantan ditempatkan di 61 PPS
KOTA BHARU, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,736 orang setakat 8 pagi ini berbanding 13,614 mangsa pada 9 malam tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 61 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,236 mangsa daripada 3,909 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,302 mangsa (1,152 keluarga) di lapan PPS.
Selain itu, 814 mangsa (242 keluarga) ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 200 mangsa (61 keluarga) di tiga PPS di Kota Bharu, 100 mangsa (23 keluarga) di tiga PPS di Gua Musang dan tiga PPS di Tanah Merah menempatkan 84 mangsa (24 keluarga).
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 10.34 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.24 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.
Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.55 meter berbanding 3.66 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya 2.50 meter.
Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 8 pagi ini dan cuaca mendung.- Bernama
The post 13,736 mangsa banjir Kelantan ditempatkan di 61 PPS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan