1MDB lunas baki hutang IPIC RM2.58 bilion

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – International Petroleum Investment Co (IPIC), firma milik kerajaan Abu Dhabi hari ini mengesahkan telah menerima bayaran hutangnya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB dikehendaki melunaskan hutangnya kira-kira AS$600 juta (RM2.58 bilion) pada 31 Disember ini, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dicapai pada April selepas syarikat pelaburan itu memungkiri bonnya.

Syarikat itu pada awalnya bersetuju membayar AS$1.2 bilion (RM5.28 bilion) dalam dua tempoh ansuran kepada IPIC, iaitu AS$600 juta pada 31 Julai dan 31 Disember.

Bagaimanapun, 1MDB gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut sehingga ia ditangguh dan dibayar sepenuhnya Ogos lalu.

“IPIC kini telah menerima semua bayaran yang perlu dijelaskan pada 31 Disember di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) Malaysia dan 1MDB menerusi persetujuan yang dibuat pada 9 Mei 2017,” kata IPIC dalam satu kenyataan, hari ini.

The post 1MDB lunas baki hutang IPIC RM2.58 bilion appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian