220,000 kanak-kanak berdepan risiko periuk api di Ukraine

GENEVA , 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Lebih 220,000 kanak-kanak berdepan risiko terkena periuk api dan bahan letupan lain di Timur Ukraine, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Giovanna Barberis berkata, keadaan itu disebabkan konflik berdarah antara tentera Ukraine dan pemberontak disokong Rusia.

Tindakan mereka membahayakan ratusan ribu kanak-kanak yang tinggal, bermain dan bersekolah di kawasan dipenuhi periuk api.

“Semua pihak yang bertelagah perlu segera menghentikan penggunaan senjata merbahaya ini yang mencemarkan komuniti dan memberi risiko kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak,” katanya.

Giovanna berkata, bahan letupan itu turut memberi risiko kepada insfrastruktur penting seperti bekalan air, elektrik dan gas.

Katanya, UNICEF menggesa pihak bertelagah untuk melihat kembali perjanjian genjatan senjata bagi membenarkan aktiviti pembersihan periuk api dilakukan.

Berdasarkan data sejak Januari sehingga November, ia menunjukkan secara puratanya satu kes kematian kanak-kanak berlaku di kawasan Timur Ukraine setiap hari.

Setakat ini, lebih daripada 10,000 orang terbunuh dan 24,000 orang cedera sejak pemberontak pro-Rusia memulakan penentangan bersenjata pada April 2014. – Agensi

The post 220,000 kanak-kanak berdepan risiko periuk api di Ukraine appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian