45 cedera, empat parah kereta api langgar penghadang di Madrid

MADRID, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 45 orang cedera termasuk empat daripadanya parah dalam nahas membabitkan kereta api berhampiran Madrid, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 3.37 petang semalam, kereta api penumpang itu dilaporkan melanggar penghadang di stesen Alcal de Henares berhampiran ibu negara Sepanyol itu.

Menurut pengendali kereta api, Renfe, kemalangan itu berlaku selepas kereta api terbabit tidak berhenti dan melanggar penghadang di penghujung landasan.

Kebanyakan mangsa cedera mengalami luka dan lebam, kesan pelanggaran itu.

Sehingga kini, siasatan lanjut punca kemalangan masih dalam siasatan.- Agensi

The post 45 cedera, empat parah kereta api langgar penghadang di Madrid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian