50 rakyat Palestin cedera ditembak rejim Zionis

GAZA, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kira-kira 50 rakyat Palestin cedera selepas terkena tembakan askar rejim Zionis ketika tunjuk perasaan membantah langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di Semenanjung Gaza, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Ashraf Al-Qudra mengesahkan setakat ini, 50 rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru hidup dan peluru getah, manakala lebih 120 lagi mengalami kesan akibat gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan berterusan di sempadan Gaza-Israel, semalam, dengan ambulans berulang-alik membawa mereka yang cedera ke hospital.

Sejak Trump membuat perisytiharan itu pada 6 Disember lalu, lebih 600 rakyat Palestin yang terbabit dalam tunjuk perasaan ditangkap oleh rejim Zionis.

Sementara itu, pesawat dan kereta kebal rejim Zionis mengebom beberapa sasaran di Semenanjung Gaza sebagai membalas serangan roket yang menyasarkan selatan Israel, semalam.

Penduduk berkata, pesawat dan kereta kebal Israel menembak sekurang-kurangnya enam peluru berpandu ke arah Semenanjung Gaza.

Terdahulu, pejuang Palestin dilaporkan menembak tiga roket ke selatan Israel, namun dua daripadanya dipintas sistem pertahanan rejim Tel Aviv.

Sebagai tindak balas, pesawat dan kereta kebal rejim Israel menyerang dua pusat kawalan dikuasai Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di utara Semenanjung Gaza, tetapi tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. – Agensi

LAGI FOTO DI RUANG GAMBAR PILIHAN

The post 50 rakyat Palestin cedera ditembak rejim Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian