6,700 muslim Rohingya dibunuh di Myanmar: Pemantau

RAKHINE, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 6,700 warga Rohingya dibunuh oleh pasukan keselamatan rejim Myanmar dalam tempoh sebulan, lapor Doctors Without Borders (MSF).

Angka itu, yang diterbitkan dalam laporan MSF, Selasa lalu, jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan oleh pegawai tentera rejim Myanmar dalam tempoh yang sama.

Pengarah Perubatan MSF, Sidney Wong berkata, pertubuhan itu mengumpul data menerusi enam kaji selidik dengan mengadakan pertemuan membabitkan lebih 600,000 mangsa keganasan di wilayah Rakhine.

Berdasarkan anggaran yang paling konservatif, sekurang-kurangnya 730 kanak-kanak Rohingya di bawah usia lima tahun dibunuh secara kejam selepas 25 Ogos.

Katanya, lebih 59 peratus daripada mereka yang berusia di bawah lima tahun yang dibunuh dalam tempoh itu ditembak, 15 peratus dibakar hingga mati, tujuh peratus dipukul hingga mati dan dua peratus dibunuh dalam letupan jerangkap samar.

“Kebanyakan pelarian lain kini berlindung di kem-kem yang penuh sesak dan kotor di kawasan sempadan Myanmar-Bangladesh.

“Apa yang kita ketahui adalah mengejutkan, baik dari segi jumlah orang yang melaporkan ahli keluarga meninggal akibat keganasan, dan cara yang mengerikan di mana mereka mengatakan mereka hampir terbunuh atau cedera parah,” katanya.

Laporan itu turut menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 9,000 etnik muslim Rohingya mati di Rakhine antara 25 Ogos dan 24 September, dengan 71.7 peratus kematian akibat keganasan.

Sehingga kini, lebih daripada 620,000 pelarian Rohingya melarikan diri daripada pembersihan etnik oleh rejim Myanmar di Rakhine sejak 25 Ogos lalu.

Kerajaan Myanmar menafikan tuduhan pembersihan etnik dan jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi pada masa sama ia menolak akses penyiasat dan wartawan PBB ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh keganasan. – Agensi

The post 6,700 muslim Rohingya dibunuh di Myanmar: Pemantau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian