Amaran cuaca buruk di tujuh negeri sehingga lewat petang
BANGI, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Dijangkakan, hujan lebat dan ribut petir melanda negeri di bahagian Pantai Timur membabitkan Pahang (Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang dan Dungun).
Keadaan sama turut melanda bahagian utara dan selatan tanah air membabitkan beberapa daerah di Kedah (Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).
Sementara di Sarawak, turut terjejas keadaan sama membabitkan beberapa kawasan iaitu Bintulu, Mukah (Mukah, Dalat dan Matu), Sibu (daerah Selangau dan Sibu), Samarahan (Asa Jaya dan Samarahan) serta Kuching.
Tidak terkecuali daerah Tawau di Sabah.
The post Amaran cuaca buruk di tujuh negeri sehingga lewat petang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan