AS larang kakitangan ke Jerusalem bimbang protes

 

WASHINGTON, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) melarang kakitangannya daripada pergi ke Jerusalem dan Tebing Barat kerana bimbang akan ada protes berikutan pengumuman kemungkinan kedutaannya di Tel Aviv dipindahkan ke Jerusalem.

Jabatan itu juga memberi amaran kepada rakyat AS untuk mengembara hanya di tempat yang ada orang ramai dan kawasan yang terdapat perlindungan ketenteraan atau polis.

Langkah itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump memberitahu Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengenai niatnya untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem atau Baitulmaqdis dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Trump akan membuat pengumuman penting pada (1800 GMT), 2 pagi waktu Malaysia dari Rumah Putih, hari ini.

“Dia akan mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengakui bahawa Jerusalem adalah ibu negara Israel.

“Dia melihat ini sebagai pengiktirafan realiti, realiti bersejarah dan realiti moden,” kata pegawai itu.

Turki, Mesir, Perancis dan EU telah menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah sedemikian. – Agensi

The post AS larang kakitangan ke Jerusalem bimbang protes appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian