Bangladesh hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya

COX’S BAZAR, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Untuk fasa pertama, Bangladesh akan menghantar 100,000 etnik muslim Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan, pulang semula ke Myanmar.

Jurucakap kerajaan Bangladesh, Obaidul Quader berkata, senarai nama 100,000 pelarian itu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Myanmar, semalam.

Katanya, proses penghantaran semula bagi fasa pertama ini akan bermula pada Januari depan.

“Penghantaran pulang bermula sebaik sahaja senarai nama dipersetujui kedua-dua negara. Kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan proses penghantaran pulang itu kelak,” katanya.

November lalu, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian untuk menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua bulan.

Bangladesh memutuskan untuk menghantar 900,000 pelarian Rohingya yang kini tinggal di rantau sempadan tenggara negara itu.

Bagaimanapun ramai etnik Rohingya masih ragu-ragu ekoran trauma akibat kekejaman rejim Myanmar. – Agensi

The post Bangladesh hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian