Belia perlu diberi peluang sebagai pembuat keputusan

KUALA LUMPUR, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Golongan belia perlu diberi peluang menjadi pembuat keputusan sebagai langkah meremajakan kepemimpinan negara.

Cadangan itu diutarakan oleh Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Putra Mohd Nor Ridzwan Azhar pada Perwakilan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0, hari ini.

Beliau berkata, peranan itu juga layak dipegang oleh para belia kerana golongan berkenaan mampu menjadikan parti atau organisasi serba boleh dan fleksibel.

“Dalam hal tertentu misalnya membabitkan perihal anak muda dan landskap masa kini, hanya kami (belia) yang memahami.

“Sekiranya belia diberikan peluang, dengan potensi yang ada, kita sedia diajar, dilatih dan dipantau untuk meraih pengalaman.

“Belia bukan sekadar mahu menyuarakan pendapat, malah kita ingin mendapat pendedahan sebagai pembuat keputusan mahupun pelaksana.

“Jika wanita boleh diberi peluang dan ruang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan sektor korporat, mengapa tidak peluang sama dibuka kepada belia?,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul Politik Alaf Baharu Buka Peluang Kepada Anak Muda Memacu Institusi Kerajaan dan Swasta di sini, hari ini.

Cadangan itu turut disokong seorang perwakilan pelajar dari UniKL, Amy Ezreen Sazalee yang berpendapat ‘orang lama’ memerlukan suntikan orang muda.

The post Belia perlu diberi peluang sebagai pembuat keputusan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian