China haramkan sambutan Krismas

BEIJING, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kerajaan China yang dipimpin Parti Komunis China (CPC) memboikot perayaan Krismas dan mengharamkan rakyatnya meraikan sambutan itu.

Menurut laporan South China Morning Post, sambutan itu dibimbangi menyebabkan rakyat di negara tersebut semakin melupakan perayaan budaya dan tradisi mereka kerana terlalu meraikan candu Barat.

Di bandar selatan Hengyang, parti tempatan mengingatkan ahlinya dan seluruh rakyat di wilayah itu supaya tidak mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan agama dari Barat.

Malah, awal bulan lalu, sebuah universiti China mengharamkan perayaan itu disambut penuntutnya, sebagai usaha membantu golongan muda menentang budaya dan agama Barat.

Shenyang Pharmaceutical University memaklumkan bahawa larangan itu adalah untuk membantu mereka mengembangkan keyakinan terhadap budaya sendiri.

Universiti berkenaan mendakwa, anak-anak muda di negara itu dilihat lebih cenderung dan bersemangat dengan cuti dari Barat.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya Barat mempengaruhi banyak perkara termasuk pandangan umum yang salah di internet.

“Sesetengah golongan muda lebih teruja dengan cuti Barat, terutamanya cuti keagamaan mereka seperti sambutan Hari Natal dan Krismas,” kata universiti itu dalam satu kenyataan. – Agensi

The post China haramkan sambutan Krismas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian