Darul Insyirah Anjur Ceramah Perdana Suntik Kesedaran Palestin

BANGI, 18 Disember –Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang bernaung di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah menganjurkan program Ceramah Perdana; Palestin Antara Perjuangan dan Pengorbanan dengan kerjasama Aman Palestin semalam.

Ceramah perdana yang disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Bahagian Baitulmaqdis Persatuan Ulama Antarabangsa, Dr Muraweh Musa Nassar itu telah berjaya menarik kira-kira 150 tetamu yang hadir dari sekitar Bangi dan Kajang bagi bersama-sama menyatakan sokongan kepada penderitaan rakyat Palestin.

Darul Insyirah melihat isu yang berlaku di Palestin adalah tanggungjawab bersama sebagai umat Islam sepertimana yang terdapat dalam hadis:-

“Dari An-Numan bin Basyir radhiAllahu anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam”. (HR al-Bukhari)

Melalui program ini, Darul Insyirah telah berusaha menyampaikan peranan besar yang perlu dilaksanakan seorang Muslim kepada Muslim yang lain sebagai satu langkah kesedaran dalam melihat realiti semasa yang berlaku di Palestin baru-baru ini.

Dr Muraweh menegaskan dalam ceramahnya, “Kita semua ada peranan yang boleh dimainkan untuk sama-sama berjihad mempertahankan Al-Aqsa.

“Sebarkan maklumat Palestin kepada anak-anak, para pesakit, rakan-rakan, fahamkan mereka kelebihan al-Aqsa, ia adalah isu umat islam secara keseluruhannya. Setidaknya dengan usaha ini, semoga kita dapat berlepas diri kepada Allah SWT”, katanya. Tegas beliau lagi, “Kita mahu menikmati telaga Nabi SAW, tetapi tidak malukah kita membiarkan Al-Aqsa dijajah?”

Ceramah Perdana tersebut dianjurkan juga bertujuan mengumpul dana dari seluruh rakyat Malaysia untuk pembinaan Kompleks Warga Emas Darul Insyirah di atas tanah yang diwakafkan di Sg Ramal Dalam.
Untuk terus membantu dan menyokong usaha Darul Insyirah dalam memartabatkan pendidikan warga emas di Malaysia, hubungi 03-8920 9661 atau salurkan terus sumbangan anda ke akaun Darul Insyirah (Maybank Islamik 5628 3463 1731).

 

Yusre Zulhamize Bin Zainuddin
Editor Program Ceramah Perdana; Palestin Antara Perjuangan dan Pengorbanan

Muhammad Shuib Bin Norudin
Pengarah Program Ceramah Perdana; Palestin Antara Perjuangan dan Pengorbanan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian